Hidup berubah 360 darjah hasil jual ketum - Utusan Malaysia

Hidup berubah 360 darjah hasil jual ketum

SEORANG penduduk memetik daun ketum berhampiran rumahnya untuk dijual.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Ada yang kehidupan mereka berubah 360 darjah daripada hidup susah kepada mewah selepas terlibat dengan aktiviti pengedaran daun dan jualan air ketum.

Malah, kemewahan yang dikecapi pengusaha ketum ini bukan lagi rahsia kerana semua maklum, aktiviti tersebut membawa pulangan cukup lumayan kerana daun ketum mendapat permintaan cukup tinggi sama ada pasaran tempatan mahupun luar negara.

Jangan terkejut, tidak sampai setahun atau dua tahun berniaga ketum ada dalam kalangan pengusaha yang sudah mampu membeli tanah, kereta dan rumah.

Bagi seorang penduduk yang enggan namanya didedahkan memberitahu, ramai dalam kalangan pengusaha yang sebelum ini hidup susah mampu mengubah nasib mereka selepas menjual air dan daun ketum.

Melihat kepada perkembangan itu, katanya, tidak salah jika kerajaan mencari jalan untuk mengkormersialkan ketum kerana ia diakui membawa pulangan besar sekali gus mampu mengubah kehidupan kepada lebih senang.

“Pengusaha ketum hidup se­nang bukan lagi perkara mengejutkan kerana memang semua sedia maklum ketum mendapat permintaan cukup tinggi. Setiap pengusaha kalau ada 50 hingga 100 batang pokok sudah cukup membuatkan mereka menjana pendapatan puluhan ribu sebulan.

“Itu kalau pasaran tempatan (sekitar RM15 hingga RM40 sekilogram), kalau dijual di Thailand dengan harga mencecah RM100 sekilogram, lagilah kaya para pengusaha.

“Memang ada pengusaha yang daripada hidup susah mampu menjalani kehidupan lebih senang termasuk boleh membeli tanah, kereta dan rumah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Kelmarin akhbar ini melaporkan, memang ada yang sudah menjadi jutawan selain hidup mewah dengan hanya tanam dan jual ketum yang mendapat permintaan tinggi.
Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad yang turut mengakui pulangan besar penanaman ketum dilaporkan berkata, perkara tersebut tidak akan selesai selagi tiada undang-undang mengha­ramkan penanamannya.

Seorang lagi penduduk yang enggan namanya didedahkan turut berkongsi perkara sama melihat perubahan ketara pengusaha ketum daripada hidup susah kepada mewah dengan hasil jualan air dan daun ketum.

“Ketum ini kalau tidak disa­lahguna memang diakui baik dan mampu memberi pulangan lumayan kepada pengusaha. Saya percaya jika kerajaan ‘menghalal­kan’ ketum, sektor penanaman ketum akan berkembang dan membawa ha­sil bukan sahaja kepada kerajaan malah kepada ramai pengusaha.

“Negara-negara jiran sudah nampak potensi ketum, cuma kita sahaja yang masih memandang serong ketum ini sedangkan kalau dilaksanakan dengan baik mampu membantu ramai pengusaha untuk berjaya,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya