Bilangan mangsa banjir naik lagi - Utusan Malaysia

Bilangan mangsa banjir naik lagi

PENDUDUK mengalihkan perabot dan kelengkapan rumah ke tempat tinggi berikutan air memasuki rumah akibat banjir di Kampung Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai di Jasin, Melaka. UTUSAN/ RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pertambahan 38 lagi penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Gantong, Jasin menjadikan jumlah mangsa banjir kini mencecah 520 orang berbanding 482 semalam.

Laporan semasa sehingga pukul 8 pagi ini mendapati, PPS SK Tehel dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Katil juga di Jasin masing-masing menempatkan seramai 125 dan 117 mangsa, diikuti SK Ayer Molek di Melaka Tengah seramai 118.

Jumlah keluarga yang terjejas juga menjadi 148 keluarga dari 12 lokasi di ketiga-tiga daerah dalam negeri ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan turut memaklumkan paras air sungai di Sungai Chohong, Jasin dan Sungai Melaka di Alor Gajah menunjukkan trend peningkatan.

Sungai Chohong yang sebelum ini berada pada paras 10.10 meter kini mencatat paras 10.75 meter namun tetap berada di bawah paras normal 11.30 meter.

Begitu juga di Sungai Melaka yang paras normal adalah 11.15 meter, kini merekodkan paras semasa 10.74 meter. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN