Beberapa kawasan di Ipoh dinaiki air - Utusan Malaysia

Beberapa kawasan di Ipoh dinaiki air

Beberapa kawasan di Ipoh dilanda banjir kilat hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Beberapa kawasan di bandar raya ini dinaiki air berikutan hujan lebat petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, antara kawasan terlibat ialah di Jalan Kuala Kangsar.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 4.04 petang.

“Berlaku banjir kilat di beberapa kawasan di Jalan Kuala Kangsar yang melibatkan beberapa buah rumah.

“Air naik setinggi satu meter dan operasi pemindahan mangsa banjir sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap JBPM berkata,  lapan buah rumah dinaiki air di Kampung Batu 6, Jalan Changkat Jong, Teluk Intan.

“Operasi memindahkan penduduk yang terlibat sedang dijalankan,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya