Bayi lelaki terkunci setengah jam dalam kereta - Utusan Malaysia

Bayi lelaki terkunci setengah jam dalam kereta

SEORANG bayi berusia 16 bulan diselamatkan bomba selepas terperangkap kira-kira setengah jam di dalam kereta jenis Proton Saga di hadapan sebuah rumah di Jawi, Sungai Nibong, Pulau Pinang petang tadi. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal di sini terpaksa memecahkan cermin bagi menyelamatkan seorang bayi lelaki yang terperangkap di dalam sebuah kereta di hadapan sebuah rumah di Taman Widuri, Sungai Jawi petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 4.58 petang tadi berhubung kejadian seorang bayi berusia 16 bulan terkunci di dalam kereta bersendirian.

“Bomba yang tiba mendapati bayi itu terperangkap di dalam sebuah kereta jenis Proton Saga kira-kira setengah jam.

“Kitaa terpaksa memecahkan cermin tingkap untuk mengeluarkan mangsa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Difahamkan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN