Usul undi tidak percaya dibawa minggu kedua - Utusan Malaysia

Usul undi tidak percaya dibawa minggu kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pembentangan Belanjawan 2021 boleh dilakukan ikut jadual walaupun Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mempertimbangkan untuk membawa naik 25 usul undi tidak percaya dan dua usul undi percaya terhadap Perdana Menteri.

Pengamal undang-undang, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, tindakan boleh dilakukan dengan membawa naik terlebih dahulu usul di bawah Peraturan 90 (2) yang dikemukakan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik.

Menurut beliau, cara tersebut juga dilihat selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar Belanjawan 2021 diberi keutamaan.

“Membawa naik usul Dr. Maszlee ke hari Isnin hingga Khamis, 2 November hingga 5 November tidak akan mengganggu pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat, 6 November.

“Jika majoriti ahli Dewan Rakyat memilih meluluskan undi menyokong usul Peraturan 90 (2) itu, maka kesemua 25 usul undi tidak percaya dan dua usul undi percaya boleh dibentangkan selepas kelulusan belanjawan pada minggu kedua atau ketiga mesyuarat.

“Saya percaya, cadangan tersebut dapat membantu speaker melaksanakan sidang Dewan Rakyat dengan mengimbangi kepentingan negara dengan kepentingan kerajaan,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Jumlah keseluruhan usul undi tidak percaya terhadapTan Sri Muhyiddin Yassin sebanyak 27 usul tetapi terdapat dua usul undi tidak percaya daripada dua ahli parlimen sama dan bertindih, menjadikan keseluruhan usul diterima hanya 25 usul.

Usul di bawah Peraturan 90 (2) meminta Dewan Rakyat menangguhkan urusan kerajaan dan memberi laluan kepada usul berkenaan dibaca dan diputuskan terlebih dahulu.

Ia bertujuan menggantung sementara kuat kuasa Peraturan 15 (1) dan beberapa peraturan-peraturan mesyuarat lain yang berkaitan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya