Tunku Ismail terima menghadap Dr. Adham Baba - Utusan Malaysia

Tunku Ismail terima menghadap Dr. Adham Baba

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim menerima menghadap Dr. Adham Baba di Ibu Pejabat JDT, Iskandar Puteri, Johor Bahru, hari ini. - FB HRH Crown Prince Johor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menerima menghadap Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba di Ibu Pejabat Johor Darul Ta’zim (JDT), Iskandar Puteri, di sini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi Facebook HRH Crown Prince Johor dan yang turut memuat naik beberapa gambar pertemuan Tunku Ismail dengan Dr. Adham yang juga ahli Parlimen Tenggara.

Pertemuan itu turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pelancongan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya