Sokong Anwar dengan syarat - Najib - Utusan Malaysia

Sokong Anwar dengan syarat – Najib

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Cadangan untuk mengadakan rundingan bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibuat dengan syarat tanpa melibatkan DAP.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau mencadangkan perkara itu selepas UMNO mampu bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Katanya, cadangan tersebut ditegaskan beberapa kali dalam mesyuarat Barisan Nasional (BN) siang tadi.

“Saya lihat kita boleh bekerjasama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada bulan Februari lalu walaupun pada masa itu Bersatu merupakan musuh kita yang banyak mengambil ahli-ahli parlimen UMNO, kenapa kita tidak boleh runding dengan Anwar untuk bekerjasama bersyarat sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)?

“Syarat-syarat ini termasuk membuka jalan untuk UMNO mengambil peranan dalam hala tuju kewangan dan ekonomi melihat pada masa kini PPBM memonopoli jawatan PM, menteri kanan yang paling kanan, menteri kewangan, menteri ekonomi dan Majlis Tindakan Ekonomi tanpa sebarang wakil dari parti UMNO, Pas atau mana-mana parti lain,” katanya menerusi status Facebooknya malam ini.

Tambah Najib, dengan ini adanya langkah tersebut kerajaan boleh merangka pelan bantuan dan rangsangan ekonomi yang lebih effektif seperti melanjutkan moratorium pinjaman.

“Kita juga boleh mempercepatkan pakej bantuan khusus untuk Sabah yang amat diperlukan segera tetapi gagal dikeluarkan sejak sebulan dahulu walaupun impak kepada Sabah pada masa kini adalah amat parah,”jelasnya.

Dalam pada itu Najib berkata, beliau sudah beberapa kali meluahkan kekecewaan dengan pengendalian Covid-19 kerajaan PN terutama untuk kluster-kluster penjara yang menyumbang bahagian paling besar kes dalam gelombang ketiga ini.

“Walaupun UMNO tak terlibat dalam kementerian tersebut, UMNO tentu akan disalahkan. Dan jika kita diberikan peranan lebih besar, kita boleh menyumbang kepada usaha untuk menyelesaikan kelemahan ini.

“Saya juga terbuka kepada pilihan untuk teruskan sokongan bersyarat kita kepada kerajaan PN sehingga PRU15 tetapi kita perlu berunding semula syarat-syarat supaya UMNO dan BN diberi peranan lebih besar terutamanya dalam hal-ehwal berhubung rancangan ekonomi.Apapun, itu antara cadangan dan pendapat saya dalam mesyuarat hari ini. Terpulang kepada parti untuk menilai dan membincang cadangan-cadangan ini,”ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.