Sohaimi Shahadan dilantik Pemangku Presiden DPIA - Utusan Malaysia

Sohaimi Shahadan dilantik Pemangku Presiden DPIA

SOHAIMI SHAHADAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Sohaimi Shahadan dilantik sebagai pemangku Presiden Dewan Perdagangan & Industri Asean (DPIA) berkuat kuasa semalam.

Ia diumumkan DPIA dalam satu kenyataan dengan menjelaskan pelantikan tersebut adalah susulan kedudukan Sohaimi sebagai Timbalan Presiden 1 DPIA sebelum ini.

Beliau menggantikan Datuk Moehamad Izat Emir, 82, yang meletakkan jawatan susulan faktor usia yang menyebabkan beliau perlu berehat seketika.

MOEHAMAD IZAT EMIR

Tugas memangku jawatan itu bermula 28 Oktober ini selepas Mesyuarat Khas DPIA sebulat suara bersetuju dengan pelantikan Sohaimi manakala Moehamad Izat pula dipilih sebagai Penasihat Utama DPIA.

Sohaimi berkata, beliau memangku jawatan itu sehingga diadakan pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada Mac tahun depan untuk memilih presiden baharu.

“Seluruh ahli jawatan kuasa dan ahli-ahli DPIA mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Datuk Moehamad Izat i atas kepemimpinan dan bimbingan beliau semasa menerajui DPIA,” katanya.

Penubuhan DPIA dicetuskan oleh Moehamad Izat pada 17 April 2017 selepas 19 tahun memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama).

Setakat ini DPIA menubuhkan lapan cawangan di Wilayah Persekutuan, Kelantan, Selangor, Perak, Terengganu, Johor Bahru, Sabah dan Sarawak.

Menurut Sohaimi, atas tanggungjawab yang diberikan itu, beliau akan merangka strategi untuk meningkatkan lagi nama DPIA sebagai NGO yang lebih dikenali di peringkat negara dan antarabangsa.

“DPIA juga memfokuskan dalam mengembangkan lagi penubuhan cawangan DPIA ke negara-negara Asean,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya