Remaja perempuan disyaki pengedar dadah dicekup - Utusan Malaysia

Remaja perempuan disyaki pengedar dadah dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Polis menahan seorang remaja perempuan dikenali sebagai Puteri selepas disyaki membekalkan dadah kepada seorang lelaki dalam serbuan di sebuah hotel, di sini kelmarin.

Suspek berusia 18 tahun ditahan bersama lima peket plastik lutsinar mengandungi 5.9 gram (g) syabu kira-kira pukul 5.30 petang.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Iqbal Ibrahim memberitahu, penahanan suspek adalah susulan tangkapan seorang lelaki berusia 21 tahun berhampiran hotel tersebut di Jalan Kuala Chenang, di sini kira-kira 15 minit sebelum itu.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek lelaki menemukan tiga peket plastik lutsinar mengandungi syabu seberat kira-kira 1.74 g

“Setelah disoal siasat, suspek mengaku mendapatkan bekalan dadah daripada seorang individu dikenali sebagai Puteri,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya kemudian menyerbu sebuah bilik di hotel sama dan menahan remaja perempuan yang didakwa membekalkan dadah tersebut.

Tambahnya, kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis syabu

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 39A (1) dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya