PKR terbuka kerjasama dengan pihak ingin bebas rasuah - Utusan Malaysia

PKR terbuka kerjasama dengan pihak ingin bebas rasuah

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua pihak tidak kira kerajaan atau pembangkang harus bekerjasama dalam meneliti dan menyokong Belanjawan 2021.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, ini kerana Belanjawan tersebut sudah pasti berkait rapat dengan kepentingan awam yang banyak terkesan susulan pandemik Covid-19.

“Bersabit dengan Belanjawan 2021 yang akan dibentang kelak, ia harus menggembleng usaha dan peranan kedua-dua pihak (bipartisan) yakni kerajaan dan pembangkang dalam merencana strategi yang ampuh dalam menangani kesan pandemik Covid- 19, pengangguran dan masalah kemiskinan.

“PKR akan terus memperjuangkan agenda reformasi berpaksikan prinsip keadilan dan kesejahteraan untuk seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Belanjawan 2021 akan dibentang pada 6 November ini di Dewan Rakyat dan ia menjadi fokus utama dalam memulihkan pandemik Covid-19 yang memberi kesan seluruhnya kepada ekonomi rakyat.

Belanjawan kali ini juga menjadi tumpuan kerana ia memerlukan sokongan majoriti daripada ahli Parlimen untuk meluluskannya.

Anwar berkata, beliau bersedia bekerjasama dengan mana-mana ahli politik yang ingin bebas rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Peringatan dan penegasan Raja-raja Melayu terkait penyalahgunaan kuasa dan prinsip keadilan tidak harus dipandang enteng, malah harus didukung oleh semua pihak yang punya kesedaran dan kejituan dalam menolak kebobrokan.

“Kami sedia bekerjasama dengan mana-mana ahli politik yang mendambakan sebuah tatanan (sistem) yang bebas daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta mengangkat politik nilai,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.