Pengamal media diingatkan patuh SOP - Utusan Malaysia

Pengamal media diingatkan patuh SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Polis akan mengambil tindakan kompaun serta merta terhadap mana-mana pengawal media yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sepanjang membuat liputan mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu di Istana Negara yang berlangsung petang ini.

Tindakan kompaun itu diambil di bawah Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB 2020).

Ketua Daerah Brickfield, Asisten Komisioner, Zairulnizam Mohd. Zainuddin @ Hilmi berkata, bagi mengekang penularan Covid-19, pihaknya mengambil inisiatif dengan memperkenalkan sistem pendaftaran My Sejahtera kepada semua pengawal media, agensi dan pasukan bertugas berkaitan yang hadir di luar pintu satu, dua dan tiga di Istana Negara.

Katanya, pemeriksaan suhu badan dan mendaftar kehadiran di kaunter di sediakan sebelum petugas media dibenarkan untuk memasuki kawasan khas yang disediakan dengan petak-petak khas penjarakan sosial.

“Semua pihak juga diwajibkan memakai pelitup muka dan tidak dibenarkan untuk bergerak dan berada di atas jalan raya bagi mengelakkan gangguan lalulintas.

“Orang awam yang tidak mempunyai sebarang urusan adalah dinasihati untuk tidak berada di kawasan luar pintu istana bagi mengelakkan kesesakan dan akan dinasihati beredar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Zairulnizam, sebarang tindakan provokasi oleh mana-mana pihak akan diambil tindakan di bawah undang-undang yang diperuntukkan.

“Sehubungan itu, peringatan diberikan kepada semua pihak agar terus kekal patuh kepada SOP yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran majlis dan mengelakkan penularan kes Covid yang semakin meningkat ketika ini,” ujarnya-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN