Pelajar maut berlanggar dengan kereta - Utusan Malaysia

Pelajar maut berlanggar dengan kereta

LOKASI kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal, Muhammad Danish Danial Fauzi maut di Kilometer 5 Jalan Alor Pasir, Tok Bali, Pasir Puteh, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU:  Seorang pelajar maut selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kenderaan di Kilometer 5 Jalan Alor Pasir, Tok Bali, Pasir Puteh, malam tadi.

Mangsa, Muhammad Danish Danial  Fauzi,16, meninggal dunia ditempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, kemalangan berlaku apabila kereta Perodua Bezza yang dinaiki empat lelaki dari arah Tok Bali ke Pasir Puteh dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Gong Kulim. bertembung dengan motosikal mangsa yang memasuki laluan bertentangan.

“Insiden itu menyebabkan berlaku pelanggaran secara hadapan. Mayatnya dibawa ke  Hospital Tengku Anis Pasir Puteh untuk bedah siasat,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, pemandu kereta berusia 21 tahun bersama dua lagi penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan, Seorang penumpang lelaki berusia 21 tahun hanya luka ringan kiri.

Beliau berkata, akibat kemalangan tersebut Perodua Bezza mengalami kerosakan pada cermin besar , bumper depan, bonet,   lampu depan kanan dan kiri rosak,  manakala beberapa bahagian motosikal  itu  pecah dan patah. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.