Muhyiddin pulang Pagoh esok - Utusan Malaysia

Muhyiddin pulang Pagoh esok

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan pulang ke Parlimen Pagoh yang diwakilinya esok untuk bertemu dengan penduduk di situ.

Program rasmi Muhyiddin di Parlimen Pagoh dimulakan dengan merasmikan Mesyuarat Koperasi Sungai Terap di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Pasir pada pukul 10 pagi sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Haji Muhammad Yassin.

Masjid itu mengambil nama ayahnya, Tuan Guru Muhammad Yassin Muhammad iaitu seorang ulama terkenal di Johor.

Beliau selepas itu dijangka menghadiri program Sembang Santai Bersama Masyarakat Cina dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Parlimen Pagoh di Restoran Taman Pagoh pada pukul 2.45 petang.

Program rasmi Muhyiddin diakhiri pada pukul 4 petang dengan Majlis Perjumpaan bersama Kepimpinan Masyarakat Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh.

Untuk rekod, Muhyiddin adalah Ahli Parlimen Pagoh sejak 1978 dan beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir sekali gus mencatat sejarah apabila menjadi Perdana Menteri pertama bergelar sebagai ADUN.

Isu politik negara kembali hangat apabila terdapat 25 usul tidak percaya kepada Perdana Menteri dikemukakan oleh beberapa ahli Parlimen dalam sesi Parlimen pada 2 November ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya