Masalah sampah menghantui nelayan - Utusan Malaysia

Masalah sampah menghantui nelayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Baru hendak bangkit semula selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), timbul pula masalah baharu menghantui nelayan Kampung Pasir Gudang Baru yang terpaksa berhadapan masalah lambakan pembuangan sampah, di Kuala Sungai Johor.

Situasi tersebut mendatangkan kebimbangan kepada mereka apabila lambakan sampah menyebabkan hasil tangkapan berkurangan kebelakangan ini.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Johor Selatan, Azli Mohd. Aziz berkata, sampah yang terlalu banyak menyebabkan banyak hidupan laut tidak dapat membiak.

“Pernah nelayan dapat lebih 30 kilogram sampah ketika menarik jala, bukannya ikan. Kalau dapat ikan lain kira, ini dapat sampah.

“Ini memberi kesan kepada para nelayan sekiranya tidak dibendung sudah tentu hidupan laut seperti ikan dan kupang berkurangan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menurut Azli, sampah tersebut bukan setakat terapung di muara sungai, malah bersepah di celah-celah pokok bakau terutama di dasar sungai yang berpunca daripada sikap orang ramai membuangnya ke dalam sungai.

“Apabila air surut, banyak sampah sarap kelihatan merata-rata di pokok bakau dan persisiran sungai,” katanya.

Azli berkata, pihaknya sudah memaklumkan masalah itu kepada Majlis Perbandaran Pasir Gudang supaya membuat perangkap sampah di sekitar kawasan kuala sungai.

“Jika tidak diuruskan dengan segera, maka masalah sampah ini tidak diuruskan dengan segera, sudah tentu perairan Kuala Sungai Johor tercemar dengan sampah.

“Akhirnya bukan sahaja mencemarkan alam tetapi menjejaskan hasil pendapatan kami sebagai nelayan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN