KOTA BHARU: Sebarang tindakan yang mencemar kesucian agama atau menimbulkan ketegangan antara kaum tidak boleh diterima sama sekali.
Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry bertitah undang-undang secara adil, tegas perlu dilaksanakan.
Titah Baginda lagi, ia tindakan itu perlu disusuli dengan program kesedaran bagi memastikan keamanan awam serta keharmonian negeri terus terpelihara.
“Beta ingin menegaskan adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memelihara suasana yang aman dan harmoni dengan menjunjung tinggi undang-undang, peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan dalam setiap aspek kehidupan.
“Termasuk dalam perkara sensitif merangkumi pembinaan rumah atau tempat ibadat yang menjadi perhatian ramai ketika ini,” titah Baginda semasa merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Negeri Kelantan Yang Ke-15 Tahun 2026 di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.
Baginda bertitah, kepatuhan ini bukan sahaja mencerminkan kematangan sivik, malah menjadi asas penting dalam mengelakkan sebarang bentuk pertelingkahan dan ketidakharmonian.-UTUSAN










