Sejahtera itu merujuk kepada gaya kehidupan yang lestari. Ia juga mengadaptasi nilai- nilai murni dalam amalan kehidupan seharian serta mengubah sikap tingkahlaku bagi melahirkan masyarakat yang sejahtera. Kita perlu memupuk kesedaran mengenai nilai-nilai sejahtera dan kelestarian dari peringkat sekolah lagi. Pemupukan nilai sejahtera dari peringkat awal akan melahirkan generasi yang berbudaya tinggi dan mempunyai nilai-nilai adab yang baik. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) juga mengandungi nilai-nilai yang boleh melahirkan insan sejahtera…
								
								
								
											








