Ketum: Kedah nilai syor polis - Utusan Malaysia

Ketum: Kedah nilai syor polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan negeri ber­sedia mendengar dan menilai syor polis supaya melarang penanaman pokok ketum di tanah milik penduduk di negeri ini.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam me­syuarat Exco dipengerusikannya hari ini.

“Kita mungkin meminta agen­si dan jabatan berkaitan me­ngemukakan laporan supa­ya tindakan dapat diambil ter­hadap penanaman ketum ber­dasarkan akta atau perundangan terlibat termasuk Kanun Tanah Negara.

“Laporan daripada agensi terlibat memang tidak dapat diperoleh hari ini namun perkara itu antara yang dibincangkan dalam mesyuarat Exco,” katanya selepas menyampaikan sum­bangan wang tunai daripada kerajaan negeri berjumlah RM97,000 kepada Pegawai Daerah Pokok Sena, Ahmad Bawadin Abdul Ghani di Pejabat Daerah Pokok Sena, di sini semalam.

Sumbangan berkenaan untuk diagihkan kepada 485 keluarga kakitangan Penjara Pokok Sena yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 11 Oktober lalu.

Utusan Malaysia semalam me­laporkan Polis Kedah akan me­ngesyorkan kepada kerajaan negeri supaya melarang penanaman pokok ketum di tanah milik penduduk dalam usaha mengekang penyalahgunaan tumbuhan tersebut dalam kalangan rakyat negeri itu yang semakin membimbangkan.

Mengulas lanjut, kata Mu­ham­mad Sanusi, hal-hal ber­kaitan ketum banyak di­bincangkan oleh kerajaan ne­geri terdahulu, namun tiada yang mendatangkan hasil.

“Saya ingat menteri besar yang dulu empat kali mem­buat pengumuman antara­nya nak rampas tanah dan ma­cam-macam lagi tetapi satu pun tidak menjadi,” katanya.

Sementara itu, kata beliau, ke­rajaan negeri berharap supaya tumpuan turut diberi terhadap usaha memerangi dadah yang dilihat mendatangkan kesan le­bih besar terhadap kadar jenayah dan sosial.

“Dadah juga adalah an­tara punca berlakunya kesesakan dalam penjara. Saya sendiri telah berbincang dengan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) untuk memberi penekanan terhadap usaha memerangi dadah tidak hanya dari sudut pe­nyalahgunaan, malah aspek penyeludupan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya