Pempengaruh anti-Islam bakar al-Quran dilarang masuk Britain - Utusan Malaysia

Pempengaruh anti-Islam bakar al-Quran dilarang masuk Britain

GAMBAR fail Valentina Gomez. - valentinaformissouri/Instagram
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang pempengaruh anti-Islam yang pernah membakar al-Quran telah disekat daripada memasuki United Kingdom (UK) oleh Setiausaha Dalam Negeri.

Valentina Gomez sepatutnya dijadualkan berucap di perhimpunan Unite the Kingdom bulan depan yang dianjurkan oleh Tommy Robinson.

Sebelum ini, Gomez telah diberikan kebenaran masuk melalui sistem kebenaran perjalanan elektronik (ETA) UK.

Bagaimanapun, susulan bantahan daripada ahli-ahli parlimen dan kumpulan kempen, setiausaha dalam negeri itu, Shabana Mahmood telah campur tangan dan menyekat kemasukan tersebut atas alasan kehadiran Gomez tidak membawa kebaikan kepada orang awam.

Shabana menggunakan justifikasi yang sama seperti ketika menyekat penyanyi rap Kanye West awal bulan ini.

Ini kerana penyanyi itu mengeluarkan siri kenyataan anti-Semitik dan memuji bekas pemimpin Jerman semasa Perang Dunia Kedua, Adolf Hitler.

Gomez dilarang masuk atas dasar bahawa hak demokrasi untuk bersuara tidak merangkumi tindakan mempromosikan kebencian serta ekstremisme. Setiausaha Dalam Negeri mempunyai kuasa mutlak untuk membatalkan kebenaran mana-mana individu untuk masuk atau tinggal di UK.

Beliau yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), sebelum ini bertanding dalam pemilihan awal Republikan bagi Daerah Kongres ke-31 Texas walaupun beliau tidak mendapat sokongan rasmi daripada Presiden, Donald Trump.

Sepanjang kempennya, beliau berjanji untuk ‘membersihkan’ Texas daripada Islam dan bertindak membakar senaskhah al-Quran. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN