UPNM, Global Turbine Asia jalin kerjasama perkukuh penyelidikan pertahanan

UPNM, Global Turbine Asia jalin kerjasama perkukuh penyelidikan pertahanan

UPNM
Arman Rumaizi Ahmad dan Nonee Ashirin Mohd Radzi bertukar dokumen sambil disaksikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (tengah) di Majlis Pertukaran Memorandum Kerjasama/Persefahaman dan Pelancaran Produk Pertahanan di Pavilion MINDEF bersempena pameran DSA & NATSEC Asia 2026 di Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Global Turbine Asia (GTA) Sdn. Bhd. hari ini telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU)  yang bertujuan menggabungkan kepakaran industri GTA dengan kecemerlangan akademik UPNM bagi menyokong keutamaan nasional dalam bidang penyelidikan, inovasi dan pembangunan modal insan.

MoU itu mencerminkan komitmen bersama kedua-dua pihak dalam merapatkan jurang antara industri dan akademia demi kemajuan negara.

UPNM dalam satu kenyataan berkata, bidang-Bidang kerjasama tertumpu penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan fokus kepada  Inisiatif bersama merangkumi penyelidikan
gunaan, inovasi dan pengkomersilan teknologi merentas sektor-sektor strategik.

Selain itu ia juga membabitkan pPembangunan Modal Insan iaitu program kolaboratif yang meliputi latihan, internship, pertukaran ilmu, dan pemupukan bakat bagi melahirkan profesional yang bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

MoU itu turut membabitkan bantuan Profesional dan Teknikal sepertik perkongsian kepakaran, pengetahuan teknikal dan perkhidmatan perundingan dalam kerangka Gabungan Industri Pertahanan Malaysia atau Coalition of Defence Industry Malaysia (CDIM).

Turut terbabit adalah bidang tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) melalui program kemasyarakatan bagi memberikan impak yang bermakna selaras dengan objektif pembangunan nasional.

“MoU ini menandakan langkah konkrit kedua-dua institusi dalam merealisasikan agenda pertahanan nasional. Kerjasama merangkumi R&D bersama, pembangunan profesional konsultasi kepakaran dan program  kemasyarakatan ini dijangka memberi manfaat langsung kepada pelajar dan penyelidik UPNM, sekaligus memperkukuh keupayaan industri pertahanan negara secara holistik,” kata kenyataan itu.

MoU itu telah dimeterai pada Majlis Pertukaran Memorandum Kerjasama/Persefahaman dan Pelancaran Produk Pertahanan di Pavilion MINDEF bersempena pameran DSA & NATSEC Asia 2026 di MITEC, Kuala Lumpur hari ini.

Pada majlis itu, UPNM diwakili oleh Naib Canselornya, Leftenan Jeneral DatukArman Rumaizi Ahmad sementara GTA diwakili Pengerusinya, Datuk Nonee Ashirin Mohd Radzi,.

Menurut UPNM, kerjasama yang dimeterai hari ini merupakan antara inisiatif konkrit dalam merealisasikan aspirasi Pelan Strategik UPNM 2025-2030 (UPNM30) kerangka transformasi strategik yang bermatlamat menjadikan UPNM sebagai universiti premier dalam bidang ketenteraan, pertahanan dan keselamatan yang unggul serta berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa menjelang tahun 2030.

“Kerjasama universiti-industri seperti ini merupakan teras utama UPNM30 dalam memperkukuh jaringan strategik, membangun modal insan pertahanan dan memacu ekosistem penyelidikan serta inovasi bertaraf global,” demikian menurut kenyataan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN