Ketua kampung ditahan curi lembu - Utusan Malaysia

Ketua kampung ditahan curi lembu

Pacuan empat roda membawa lembu curi di Kampung Sungai Dua, Gemencheh dekat sini Isnin lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Enam lelaki termasuk ketua tahun  ditahan  kerana disyaki mencuri seekor lembu jantan di Kampung Sungai Dua, Gemencheh dekat sini Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintenden Ahmad Pilus Zainal berkata, kejadian pukul 2.20 petang disedari pemiliknya berusia 70 tahun apabila terserempak dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda mencurigakan.

Menurut beliau, ketika itu pemilik lembu dan anak lelakinya ingin melihat ternakannya di kawasan belukar berhampiran ladang ayam namun  terserempak dengan kenderaan pacuan empat roda warna merah.

“Kenderaan itu dinaiki empat lelaki termasuk ketua kampung berkenaan. Penternak  menghalang kenderaan itu untuk diperiksa.

“Sebaik diperiksa, pemilik lembu terkejut melihat seekor lembu jantan terikat dan ditutup dengan kanvas disumbatkan  ke dalam  kenderaan berkenaan,” katanya ketika dihubungi dekat sini tadi.

Ahmad Pilus berkata, berlaku pertengkaran antara mereka sebelum kumpulan menaiki pacuan roda  melepaskan lembu tersebut.

Menurutnya, penternak membuat laporan polis dan enam lelaki berusia 35 hingga 50 tahun termasuk seorang ketua kampung ditahan.

Dua daripada suspek ada rekod jenayah mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu mencuri.

Kesemua suspek direman tiga hari dari 13 Oktober sehingga esok untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya