Jangan bimbang hantar anak ke sekolah - Utusan Malaysia

Jangan bimbang hantar anak ke sekolah

MOHAMAD ALI HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ibu bapa tidak wajar membenarkan anak-anak mereka ponteng sekolah terutama di kawasan zon hijau atas alasan bimbang dijangkiti virus Covid-19.

Presiden Persatuan Ibubapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Mohamad Ali Hasan (gambar) berkata, tindakan sesete­ngah ibu bapa itu sebagai tidak bertanggungjawab dan hanya merugikan anak-anak mereka.

“Kita dapati walaupun sekolah berada dalam zon yang selamat dan bebas jangkitan Covid-19, masih ramai pelajar yang tidak hadir ke sekolah.

“Dalam isu ini, pengurusan sekolah tentunya mengikut garis panduan ditetapkan Kementerian Pendidikan dan ibu bapa tidak seharusnya bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka asalkan mematuhi arahan,’’ katanya di sini semalam.

Mohamad Ali berharap ibu bapa sentiasa mementingkan pendidikan anak-anak dengan memastikan mereka tidak ke­tinggalan subjek yang diajar di dalam kelas.

Beliau menasihatkan ibu bapa supaya menulis surat kepada pengurusan sekolah sekiranya bimbang untuk menghantar anak mereka disebabkan pandemik Covid-19 walaupun berada di zon bebas virus tersebut.

“Kami akan mengemukakan beberapa saranan kepada pihak bertanggungjawab bagi me­ngurangkan kemerosotan kehadiran pelajar ke sekolah yang dikatakan semakin meningkat akhir-akhir ini.

“Kita turut menyarankan Kementerian Pendidikan mempertimbang semula penyusunan jadual kerja pentadbiran pusat (PMP) bagi melaksanakan sistem pembelajaran secara dalam talian seperti pernah dilaksanakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan, Mac lalu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN