Covid-19: TPC ditutup sementara - Utusan Malaysia

Covid-19: TPC ditutup sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: TPC Kuala Lumpur ditutup sementara waktu selepas seorang ahli kelab itu disahkan positif Covid-19.

Dalam kenyataan medianya, TPC Kuala Lumpur memaklumkan kelab itu ditutup bermula hari ini sehingga dimaklumkan kemudian.

“Dukacita dimaklumkan, seorang ahli kelab TPC Kuala Lumpur yang mengunjungi kelab pada 26 Oktober baru-baru ini disahkan positif Covid-19.

“TPC Kuala Lumpur ditutup buat sementara waktu bagi menjalankan proses nyahcemar dan sanitasi. Kelab dibuka semula pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian,” katanya.

Setakat hari ini, Malaysia merekodkan sebanyak 835 kes baharu berkaitan penularan pandemik Covid-19.

TPC Kuala Lumpur juga menjelaskan usahanya untuk sentiasa cekap dan menyediakan tahap keselamatan terbaik kepada pengunjungnya.

“Pihak TPC Kuala Lumpu juga bekerja rapat bersama pihak berkuasa bagi menangani isu ini dan menyediakan ruang yang selamat dan bersih bagi ahli kelab. Semua ahli kelab akan dimaklumkan mengenai sebarang kemas kini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.