Covid-19 mudah, cepat tersebar - Utusan Malaysia

Covid-19 mudah, cepat tersebar

Penyelidik dari Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) Universiti Malaysia Pahang (UMP), Dr. Hajar Fauzan Ahmad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kajian membuktikan transmisi virus Covid-19 sangat mudah dan cepat. Gelombang kedua jangkitan di negara ini tercetus dengan tersebarnya virus itu daripada susur galur ‘clade B.6’ menerusi acara keagamaan di Kuala Lumpur pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

Sehingga kini, dikesan terdapat sembilan generasi virus iaitu A, B, B.1, B.1.1, B.1.1.1, B.1.36, B.2, B.3 dan B.6. Sebahagian virus tersebut mengandungi mutasi pada D-614-G yang dikaitkan dengan jangkitan bawaan luar negara.

Penyelidik dari Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) Universiti Malaysia Pahang (UMP), Dr. Hajar Fauzan Ahmad, 35, berkata, sejak tercetusnya Kluster Sivagangga, pola jangkitan di negara ini kebanyakan berpunca daripada virus yang bermutasi D-614-G, termasuk kes-kes terbaharu dari Sabah yang dipercayai berasal dari Filipina dan Indonesia.

Menurut beliau, corak jangkitan melibatkan mutasi D-614-G yang menyebabkan perubahan pada spike protein telah berlaku di seluruh dunia.

“Melalui kajian makmal, virus ini menunjukkan kebolehjangkitan lebih tinggi. Namun begitu, melalui kajian penjujukan genom virus kami, virus dengan mutasi D-614-G dikesan terlebih awal di Pahang tetapi pada waktu tersebut arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyukarkan pergerakan oleh individu yang dijangkiti.

“Secara tidak langsung, virus berkenaan tidak tersebar dan kita hampir dapat mengalahkan virus tersebut ketika PKP,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai peningkatan semula jangkitan Covid-19.

Dr. Hajar Fauzan berkata, kemunculan semula virus berkenaan kerana kegagalan mematuhi prosedur operasi standard dan pelaksanaan semula PKP adalah perlu bagi menangani jangkitan Covid-19 yang `menyerang’ semula.

“Cuma PKP membebankan rakyat dari segi ekonomi kerana perniagaan terkesan. Peniaga masa ini baru hendak bangkit semula dan juga dari segi emosi serta psikologi.

“Kerajaan mungkin melaksanakan PKP secara selektif iaitu di kawasan atau negeri tertentu untuk mengelak masalah ekonomi,” katanya.

Ditanya tentang vaksin, beliau berkata, vaksin tersebut masih pada peringkat kajian fasa ketiga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya