Covid-19: Ketengah ditutup 14 hari - Utusan Malaysia

Covid-19: Ketengah ditutup 14 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Bandar Al Muktafi Billah Shah di sini ditutup 14 hari selepas dua kakitangannya disahkan positif Covid-19.

Pengurus Besar Ketengah, Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa berkata, penutupan itu sehingga 9 November ini.

Katanya, sepanjang tempoh tersebut semua kakitangan di ibu pejabat diarahkan bekerja dari rumah.

“Langkah itu bagi membolehkan kerja-kerja nyah kuman dilakukan secara menyeluruh sekali gus memastikan premis pejabat selamat untuk diduduki.

“Di samping itu, kami juga akan mengambil tindakan dan langkah-langkah yang selaras dengan arahan kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN