KUALA LUMPUR: Rumah Kartun dan Komik Malaysia (RKKM) mempelawa orang ramai membeli karikatur yang ditandatangani Datuk M. Daud Kilau bagi mengisi tabung membantu seniman tersebut yang kini mengalami masalah kesihatan.
RKKM dengan kerjasama Utusan Malaysia mengambil inisiatif membantu penyanyi veteran tersebut menerusi jualan karikatur khas beliau.
Pengurus RKKM, Tazidi Yusuf berkata, karikatur M. Daud Kilau boleh dibeli dengan harga RM500 dan hasil pembelian itu disalurkan terus kepada seniman berkenaan.
Karikatur tersebut dilukis oleh kartunis Utusan Malaysia, Norkamaro Mohd. Noor atau lebih dikenali sebagai Maro.
Maklumat lanjut untuk pembelian karikatur khas M. Daud Kilau boleh hubungi Azlin Adil di talian 012-3808552. – UTUSAN ONLINE









