Aplikasi penghantaran makanan halal, Odejee dilancar bulan depan - Utusan Malaysia

Aplikasi penghantaran makanan halal, Odejee dilancar bulan depan

NOH Gadut menandatangani plak perasmian pembukaan aplikasi Odajee dan Tabung Wakaf Johor di Bandar Baru Uda, Johor Bahru. - UTUSAN/BAAZLAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebuah syarikat tempatan mengorak langkah dengan mewujudkan aplikasi dikenali Odejee sebagai platform penghantaran makanan bagi membantu vendor dan usahawan Muslim di negara ini.

Pengerusi Vantage Solution Sdn. Bhd., Datuk Seri Ismail Alwasi Khan berkata, idea mewujudkan aplikasi Odejee adalah komitmen dan fokus syarikat itu terhadap makanan dan minuman halal serta tanpa was-was kepada para pengguna.

Katanya, semua vendor makanan dan minuman yang berdaftar di bawah Odejee adalah berstatus halal, dimiliki serta diusahakan 100 peratus oleh umat Islam.

“Dengan tagline ‘Halal, Amal dan Berkat’, aplikasi Odejee dijangka memulakan operasinya secara rasmi pada pertengahan atau akhir November ini.

“Buat pemulaan, Odejee beroperasi di Johor Bahru dan kawasan sekitar Pasir Gudang, Senai, Kulai sebelum ke seluruh Johor akhir tahun ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Pejabat Odejee di Bandar Baru Uda, di sini semalam.

Majlis disempurnakan oPenasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Dr. Noh Gadut.

Menurut Ismail, peningkatan rakyat Malaysia terhadap perkhidmatan penghantaran makanan secara dalam talian mendorong syarikatnya memulakan aplikasi Odejee yang memberi fokus kepada makanan halal di negara ini.

Tambahnya, idea membangunkan aplikasi Odejee adalah kerana komitmen dan fokus terhadap makanan halal serta tidak memberi rasa was-was kepada pengguna.

“Bagi memastikan makanan yang dibekalkan halal, semua vendor berdaftar dengan Odejee disemak oleh pegawai Eksekutif Halal bertauliah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Kami juga mempunyai perancangan melebarkan sayap perniagaan ke Lembah Klang dan seluruh negara dalam suku pertama tahun depan dengan sasaran seramai 500 vendor berdaftar,” ujarnya.

Tambah beliau, 10 peratus daripada keuntungan yang diperoleh pihaknya menerusi aplikasi Odejee akan disalurkan kepada Tabung Wakaf Rakyat Johor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya