Agong pakai riben hijau sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia - Utusan Malaysia

Agong pakai riben hijau sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia

TENGKU Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah memakaikan riben hijau di baju Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sambil diperhatikan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020. - FB ISTANA NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah berkenan memakai riben hijau sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, hari ini.

Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan, Tengku Puteri Iman Afzan adalah Penaung Antarabangsa untuk Hari Kesihatan Mental Sedunia bagi tahun 2020 setelah menerima undangan daripada Gabungan Badan-Badan Kesihatan Mental Sedunia baru-baru ini.

Dalam perutusannya, Tengku Puteri Iman Afzan mengajak rakyat dan kerajaan di seluruh dunia bersatu dalam usaha memartabatkan kesihatan mental kerana ia adalah tanggungjawab semua.

Kata Tengku Puteri Iman Afzan, meluangkan masa, memberi perhatian, sokongan, kasih sayang serta belas kasihan sangat penting untuk menjamin kesihatan dan kesejahteraan mental yang lebih baik.

Naungan Diraja berkenaan adalah sehingga Oktober 2021.

Riben hijau adalah simbol kesihatan mental antarabangsa dan sebagai tanda sokongan untuk kesedaran terhadap kesihatan mental, penyebab kesihatan mental serta untuk membantu membina solidariti bagi komuniti kesihatan mental.

Pelantikan tersebut adalah bukti usaha-usaha murni Malaysia dalam meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental, cara-cara perawatan dan cabaran polisi yang mana ia diperakui oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lain. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.