Warga emas mohon rumah PPRT - Utusan Malaysia

Warga emas mohon rumah PPRT

PONDOK kecil yang menjadi tempat berteduh Rohani Yunus ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Lonek Seberang, Jempol, Negeri Sembilan, baru-baru ini. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang warga emas berharap permohonannya untuk memiliki rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sejak dua tahun lalu dapat diluluskan memandangkan dia sudah tiga tahun menetap di sebuah rumah sewa di Batu Kikir, dekat sini.

Rohani Yunus, 67, berkata, kadar bayaran rumah sewa berkenaan iaitu sekitar RM180 kini dibayar oleh adik beradik perempuannya memandangkan dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan mahupun pendapatan.

Menurutnya, sebelum ini, dia serta arwah ibunya, Minah Jaudin, tinggal bersama di rumah keluarga di Kampung Lonek Seberang dan memperoleh pendapatan bulanan daripada wang pencen arwah bapanya.

“Arwah ibu meninggal sebab sakit tua pada tahun 2013 kemudian pada tahun 2017, saya mula tinggal di rumah sewa yang dibayar oleh adik beradik perempuan saya.

“Jika difikirkan sampai bila saya harus begini dan adik-beradik saya membayar sewa rumah. Jadi saya memohon untuk memiliki rumah PPRT pada Ogos 2018, namun sehingga kini masih tiada jawapan,” katanya ketika ditemui di Kampung Lonek Seberang, dekat sini, baru-baru ini.

Rohani berkata, disebabkan sudah lama tinggal di perkampungan berkenaan dan memiliki tanah sawah warisan keluarga dengan nama adik-beradik perempuannya, kakaknya telah mendirikan pondok kecil di tanah berkenaan.

Menurutnya, setiap hari terutamanya pada waktu pagi atau petang dia akan mengayuh basikal ke pondok berkenaan kerana lebih selesa tinggal di situ berbanding rumah sewa.

“Bila berada di sini hati tenang dan lebih selesa. Walaupun tiada bekalan asas seperti elektrik, saya tetap suka dengan persekitaran di sini dan memilih untuk berada di sini pada waktu siang.

“Pada waktu malam sahaja saya akan tidur di rumah sewa dan keesokannya akan kembali dengan rutin mengayuh basikal ke sini,” katanya.

Menurutnya, dia memang berharap sangat agar mendapat rumah PPRT dan tidak perlu lagi berpindah randah beberapa kali serta mengayuh basikal ke pondok berkenaan.

“Dengan usia seperti ini, saya kerap alami masalah sakit di bahagian pinggang dan lebih membimbangkan saya tak ada tempat (rumah) nak duduk,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya