Sindiket edar syabu di P.Pinang tumpas  - Utusan Malaysia

Sindiket edar syabu di P.Pinang tumpas 

MUSTAFA Kamal Gani Abdullah (tiga dari kiri) menunjukkan sepucuk pistol dan dadah yang berjaya dirampas pada sidang akhbar di IPK Pulau Pinang semalam. -UTUSAN/ NOOR HASLIZA NUSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Polis menumpaskan satu sindiket memproses heroin dan mengedar syabu membabitkan tiga lelaki serta merampas sepucuk pistol dalam dua serbuan berasingan di negeri ini, Selasa lalu.

Tiga lelaki berusia 23 hingga 33 tahun itu diberkas sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri mulai pukul 12.30 malam.

Ketua JSJN negeri, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, serbuan pertama di sebuah kondominium di Seberang Perai Tengah telah membongkar sebuah makmal mini memproses heroin dan menahan seorang suspek.

“Dalam serbuan itu kita juga merampas sepucuk pistol jenis CZ 75D Compact beserta kelopak dan sarung serta 43 butir peluru hidup. 

“Susulan tangkapan tersebut, kita berjaya menahan dua lagi suspek di tepi jalan dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di IPK di sini pagi ini.

Beliau memberitahu, nilai rampasan dadah adalah sebanyak RM587,000 manakala jumlah keseluruhan rampasan dan sitaan bernilai RM847,895. –  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN