Pesawat ringan dikhuatiri terhempas berhampiran Tanjung Bungah - Utusan Malaysia

Pesawat ringan dikhuatiri terhempas berhampiran Tanjung Bungah

LOKASI sebuah pesawat ringan yang dikhuatiri terhempas sebelum terjunam ke dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terhempas sebelum terjunam ke dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bungah, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, pesawat berkenaan dilihat berlegar-legar di udara sebelum dikatakan terhempas ke dalam laut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, polis menerima laporan daripada saksi memaklumkan yang dia bersama rakannya ternampak pesawat ringan itu yang terhempast.

“Mereka mendakwa ternampak pesawat tersebut terhempas kira-kira pukul 2 petang sebelum memaklumkan kejadian berkenaan kepada pihak berkuasa.

“Polis bersama beberapa agensi lain menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan tersebut namun sehingga pukul 6.30 petang ini, kami tidak menemukan sebarang petunjuk atau bangkai pesawat yang didakwa terhempas,” katanya kepada pemberita di sini petang ini.

Terdahulu, tular dalam laman sosial mengenai seorang lelaki yang mendakwa ternampak sebuah pesawat ringan terhempas sebelum terjunam ke dalam laut di kawasan perairan Tanjung Bungah.

Menurut Soffian, setakat ini pihak polis masih belum menerima laporan berhubung insiden pesawat terhempas dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

“Operasi dihentikan kira-kira pukul 7 petang berikutan cuaca semakin gelap dan disambung esok jika pihak polis mendapat maklumat terbaharu mengenai kejadian tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian pesawat terhempas itu diminta tampil menyalurkan maklumat kepada polis.

“Polis juga memohon kerjasama orang ramai yang kehilangan ahli keluarga terdiri daripada pemandu pesawat ringan agar tampil membuat laporan.

“Setakat ini kami tidak menerima sebarang laporan daripada keluarga mangsa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya