Kemasukan pelajar USIM dari kawasan zon merah Covid-19 dan Sabah ditangguhkan  - Utusan Malaysia

Kemasukan pelajar USIM dari kawasan zon merah Covid-19 dan Sabah ditangguhkan 

MOHAMED RIDZA WAHIDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAM: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menangguhkan kemasukan penuntut baharu dan sedia ada dari kawasan zon merah Covid-19 ke kampus tersebut seperti yang disarankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Naib Canselor USIM, Profesor Dr. Mohamed Ridza Wahiddin dalam satu kenyataan berkata, langkah tersebut dibuat berikutan peningkatan kes Covid-19 di beberapa daerah di negara ini.

Menurutnya, memandangkan potensi penularan pandemik yang semakin merebak, pengurusan USIM membuat keputusan menangguhkan sementara kehadiran penuntut ke kampus fizikal USIM sehingga notis makluman baharu dikeluarkan bagi kategori penuntut tertentu.

“Ini termasuk semua penuntut baharu dari Sabah serta dari mana-mana kawasan yang diisytiharkan sebagai zon merah dan berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Sehubungan itu, pendaftaran serta proses pengajaran dan pembelajaran pelajar yang terlibat dari kawasan zon merah dan Sabah akan dilaksanakan secara dalam talian. Mereka boleh berhubung dengan pihak fakulti masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, penuntut yang terlibat hanya dibenarkan masuk ke kampus atau kolej kediman USIM dalam keadaan sihat dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) sedia ada setelah keadaan kembali pulih serta kawasan berkenaan diisytihar bebas dari zon merah.

“Bagi penuntut bukan dari kawasan zon merah atau Sabah, kemasukan ke USIM kekal mengikut takwim akademik yang telah ditetapkan.

“USIM menasihatkan penuntut mematuhi sepenuhnya SOP yang ditetapkan serta mengutamakan langkah-langkah pencegahan seperti kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka dan mengekalkan jarak fizikal,” katanya. – UTUSAN ONLINE

YUP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.