Insken tingkat prestasi perniagaan menerusi program bimbingan - Utusan Malaysia

Insken tingkat prestasi perniagaan menerusi program bimbingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Program pembangunan keusahawanan dilaksanakan Institusi Keusahawanan Negara (Insken) dilihat berupaya melonjakkan potensi usahawan dalam bidang perniagaan dan pemasaran seterusnya menjadi lebih berdaya saing untuk meningkatkan ekonomi negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kelahiran usahawan cemerlang dan berdaya saing dapat membuka peluang pekerjaan selain meningkatkan ekonomi masyarakat.

“Program bimbingan perniagaan dan pemantapan dapat meningkatkan potensi keusahawanan peniaga seterusnya mengubah mentaliti mereka terhadap bidang ini. Mereka juga lebih bersedia untuk berdepan dengan cabaran.

“Usahawan digalakkan mengikuti program bimbingan dan pemantapan perniagaan bagi membolehkan peningkatan hasil jualan mereka,” katanya pada Majlis Penyerahan Sijil Peserta Program Insken Bussiness Coaching (IBC) dan Bussiness Enhancement Programme (BEP) 2020, di sini, semalam.

Yang hadir Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Nordin Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif Insken,Muhd. Firdaus Azharuddin.

Sementara itu, Muhd. Firdaus berkata, Insken ketika ini berada di landasan tepat dengan menawarkan pelbagai inisiatif sekali gus memberi bimbingan kepada usahawan di seluruh negara.

“Hasil dari penyertaan program bimbingan dan pemantapan ini, 61 peserta program dapat meningkatkan hasil jualan sebanyak 20 peratus dalam masa empat bulan.

“Peningkatan hasil jualan dicatatkan itu menunjukkan pencapaian positif dan harap dapat dipertingkatkan lagi,” katanya.

Tambah beliau, dengan adanya sesi pementoran darpada industri berkaitan, program dirangka itu lebih khusus dan spesifik sekali gus dapat membimbing usahawan dengan lebih dekat.

“Program yang diketengahkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini juga membantu usahawan untuk terus berada dalam industri perniagaan diusahakan mereka.

“Bagi memastikan usahawan terus menjadi pengerak industri, Insken memperkenal program bimbingan perniagaan dalam talian menggunakan platform media sosial dan WhatsApp,” katanya.

Menurutnya lagi, Insken menyediakan 11 program yang membantu usahawan dalam pelbagai industri dan terus menambah program bersesuaian dengan keperluan usahawan.

Katanya, sehingga kini anggaran 2,000 peserta sudah menyertai program diusahakan Insken dan masing- masing bagi program IBC dan BEP.

“Buat masa ini peserta Program IBC di Sabah diadakan khusus untuk usahawan kafe dan Restoran dan BEP adalah sesi pemantapam perniagaan disertai usahawan daripada industri lain.

“Program memasuki tahun keempat ini berjaya menghimpunkan 46 usahawan Sabah dan penerima sijil terbahagi kepada 18 usahawan tamat menjalani latihan IBC secara komprehensif dan 24 lagi berjaya mencipta peluang pekerjaan baru,” katanya.

Sementara itu, penerima sijil kecemerlangan BEP 2019 juga Peserta Terbaik, Suzianna Mohd. Ali mengakui program sedemikiam mampu mengubah nasib usahawan sepertinya.

“Program dan kemahiran ditawarkam Insken membantu diri mempertingkat ekonomi terutama wanita di Sabah,” katanya.

Selain itu, kata peserta Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Farhana Mohamad, program tersebut memainkam peranan membantu masyarakat dengan mewujudkan peluang pekerjaan.

“Oktober ini saya bakal meneruskan operasi spa dengan pengambilam enam pekerja,”katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya