Hajiji pemudah cara bangunkan Sabah individu - Utusan Malaysia

Hajiji pemudah cara bangunkan Sabah individu

HAJIJI NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: ‘Dekat’ dengan parti pentadbir peringkat Pusat antara faktor pemilihan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri baharu.

Penganalisis politik, Prof. Dr. Kartini Aboo Talib berkata, kedudukan Bersatu sebagai parti pentadbir dalam kerajaan Persekutuan juga penting kerana memudah dan melicinkan lagi pembangunan Sabah.

“Sabah memerlukan pembangunan terutama kawasan pedalaman. Jadi bantuan lebih mudah dan persefahaman lebih lancar.

“Malah, sinergi dan ideologi serta persefahaman juga selari dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Presiden Bersatu. Apa pun, pemilihan beliau (Hajiji) adalah hasil kata putus dan kesepakatan dalam Gaburangn Rakyat Sabah (GRS),” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Ismail Sualman berkata, rekod Hajiji yang bersih turut menjadikan faktor kepada pemilihan beliau memegang jawatan tersebut.

Menurut beliau, penentuan pemimpin juga bergantung kepada setiap ketua parti dalam gagasan serta berdasarkan kemenangan dalam pilihan raya berkenaan.

“Untuk menjadi seorang ketua, sudah tentu perlu ada rekod bersih dan tidak pernah disabitkan dengan kesalahan terutama membabitkan pecah amanah atau soal integriti.Jadi, ia mungkin jadi salah satu sebab Hajiji dipilih,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya