Guan Eng akan didakwa lagi - Utusan Malaysia

Guan Eng akan didakwa lagi

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen Butterworth, Jumaat ini.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharudin Wan Ladin, terdapat dua pertuduhan yang dikenakan terhadap bekas Menteri Kewangan itu mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu berkaitan dengan kesalahan salah guna harta untuk kepentingan peribadi atau menyebabkan seseorang melupuskan harta tertentu.

Difahamkan, harta yang terlibat ialah tanah.

Seksyen 403 memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda serta boleh dikenakan denda.

Perkara itu dimaklumkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini pada sebutan semula kes meminta rasuah bekas Menteri Kewangan itu.

Pada 7 Ogos lalu, Guan Eng didakwa atas tuduhan mengaku tidak bersalah meminta rasuah daripada seorang pengarah syarikat iaitu 10 peratus daripada keuntungan berhubung projek terowong bawah tanah.

Pada 10 Ogos lalu, Guan Eng didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan menerima rasuah RM3.3 juta berkaitan projek sama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya