Dakwaan lebih 400 syarikat keselamatan 'sewa' lesen tidak tepat - Utusan Malaysia

Dakwaan lebih 400 syarikat keselamatan ‘sewa’ lesen tidak tepat

MUSA HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dakwaan mengenai lebih 400 pemilik syarikat pengawal keselamatan di negara ini dipercayai ‘menyewa’ lesen mereka kepada pihak ketiga untuk mengendalikan perkhidmatan itu adalah tidak tepat.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kenyataan yang dikeluarnya baru-baru ini mengenai jumlah tersebut adalah merujuk kepada 800 syarikat telah berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) namun hanya 300 pemilik benar-benar menjalankan perkhidmatan itu secara sendiri.

“Sedikit salah faham mengenai jumlah tersebut sebelum ini. Jumlah yang saya sebut, adalah mereka yang telah berdaftar dengan KDN namun hanya sebahagian sahaja menjalankan perniagaan secara sendiri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Tambah Musa, bagaimanapun dia tidak menafikan sebahagian besar pemilik syarikat pengawal keselamatan di negara ini dipercayai memajakkan lesen perkhidmatannya kepada pihak ketiga namun bukan seperti jumlah yang dilaporkan sebelum ini.

Pada 15 September lalu, media melaporkan lebih 400 pemilik syarikat pengawal keselamatan di negara ini dipercayai ‘menyewa’ lesen mereka kepada pihak ketiga untuk mengendalikan perkhidmatan itu.

Memetik kenyataan Musa dalam Mesyuarat Agong Tahunan pertama Persatuan Industri Keselamatan Selangor dan Wilayah Persekutuan (SWiSS), perkara ini dilihat amat membimbangkan memandangkan pihak ketiga itu dilihat sewenang-wenangnya mengupah pengawal keselamatan yang tidak ditapis pihak berkuasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya