Buruan 1MDB dikesan di HK, Bangkok - Utusan Malaysia

Buruan 1MDB dikesan di HK, Bangkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Wang tunai dipercayai hasil dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang ‘dirompak’ dari Malaysia dipercayai disimpan di sebuah kondominium di Bangkok, Thai­land.
Perbuatan itu dilakukan bekas Pengarah Eksekutif 1MDB, Casey Tang Keng Chee yang menjadi buruan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas dia bersama beberapa individu lain yang menghilangkan diri dalam siasatan berhubung kes penyelewengan dana tersebut.
Menurut sumber, hasil risikan dan maklumat PDRM mendapati seorang lagi buruan iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC Sdn. Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil turut dipercayai ‘tinggal’ di negara tempat persembunyian ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low iaitu Hong Kong.

Selain Nik Faisal, kata sumber, peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan juga dipercayai berada di negara sama untuk bersembunyi dan mendapat perlindungan.
“Difahamkan, hasil risikan PDRM mendapati nama anak Nik Faisal didaftarkan di sebuah sekolah swasta antarabangsa Perancis di Hong Kong.
“Keng Chee juga dipercayai membuat transaksi pembeli­an sebuah peti besi di negara tempatnya tinggal,” katanya kepada Mingguan Malaysia semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara itu.
Ujarnya, pihaknya sama sekali tidak pernah berhenti untuk bekerjasama erat dengan semua pihak termasuk negara-negara terlibat dalam mengesan dan berusaha membawa pulang mereka.
Pada 29 Julai lalu, akhbar ini mendedahkan lokasi Jho Low menyembunyikan diri terjawab apabila dia dikesan berada di Macau, China.
Jho Low dan ahli keluarga­nya­­ ­juga­ dikesan bebas berge­rak ke Hong Kong.
Dedah Utusan Malaysia lagi, sebanyak RM75 juta lagi harta milik ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dan keluarganya yang ada di negara ini disita Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak hujung tahun lalu sehingga awal tahun ini.
Jumlah tersebut membabitkan beberapa akaun bank, unit kondominium, pejabat dan kenderaan mewah terletak di ibu negara dan Pulau Pinang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN