Bekalan air tidak ditutup semula - Utusan Malaysia

Bekalan air tidak ditutup semula

PENDUDUK sekitar kawasan Keramat beratur untuk mendapatkan air bersih bagi kegunaan harian dari pili awam yang disediakan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) menafikan bekalan air ditutup semula dan catuan dilakukan seperti yang tular menerusi aplikasi WhatsApp dan media sosial.

Ketua Komunikasi Korporatnya, Elina Baseri dalam kenyataan turut menafikan isu kualiti air yang tidak selamat di premis dan perlu dibiarkan sehari sebelum boleh digunakan.

“Air Selangor memberi jaminan bahawa kualiti bekalan air yang diagihkan kepada pengguna adalah selamat dan menepati piawaian Kementerian Kesihatan.

“Para pengguna dinasihatkan tidak menyimpan dan menggunakan air berlebihan bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pemulihan Air Selangor,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Dalam perkembangan lain, Elina berkata, sebanyak 481 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air dilaporkan masih lagi dalam proses pemulihan.

Setakat pukul 6.30 petang ini, 811 kawasan telah dilaporkan pulih sepenuhnya yang mana secara keseluruhannya 62.7 peratus daripada 1,292 kawasan terlibat dengan gangguan masalah air tidak berjadual.

“Peratusan pemulihan mengikut wilayah adalah Hulu Selangor 94.1 peratus, Kuala Selangor (99.2 peratus), Petaling (66.1 peratus), Gombak (66.4 peratus) dan Klang/Shah Alam (24.2 peratus).

“Kawasan Kuala Langat dan Kuala Lumpur yang berada di tahap 0 peratus pagi tadi kini turut pulih masing-masing 50 dan 41.3 peratus,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya