6 PATI ditemukan mati lemas - Utusan Malaysia

6 PATI ditemukan mati lemas

HUSSIN ZAMORA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seramai enam pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dua wanita ditemukan mati lemas ketika cuba memasuki negara ini menerusi pesisir Pantai Teluk C, Bandar Penawar di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Hussin Zamora berkata, semua mangsa dipercayai lemas ketika ingin masuk ke Malaysia melalui jalan laut di kawasan tersebut.

“Polis menerima maklumat berhubung kes berkenaan daripada orang awam kira-kira pukul 9.40 pagi manakala mayat ditemukan sekitar pukul 1 petang.

“Mangsa terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita dipercayai warga Indonesia berusia lingkungan 31 tahun hingga 46 tahun dan mereka lemas apabila turun daripada bot pancung disebabkan ombak besar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata Hussin lagi, semua mayat dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk tujuan bedah siasat dan pemeriksaan ujian Covid-19.

Beliau juga memaklumkan, polis dan ATM berjaya menangkap enam lelaki warga Indonesia yang dipercayai daripada kumpulan sama dalam lebih kurang satu kilometer daripada tempat kejadian.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut manakala enam tangkapan PATI itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya