Ingkar PKP: 452 dikompaun - Utusan Malaysia

Ingkar PKP: 452 dikompaun

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam telah menahan 512 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan 452 daripadanya telah dikompaun.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 59 individu lagi telah direman dan seorang dijamin. 

Menurut beliau, kesalahan yang paling banyak dikesan ialah melibatkan aktiviti di dalam kelab malam iaitu sebanyak 294, manakala 56 kesalahan di dalam ‘pesta persendirian’ selain empat lagi terlibat aktiviti pelacuran.

“Selain itu, 103 individu ditahan melibatkan penjarakan fizikal, gagal menyediakan peralatan atau catitan keluar masuk (32), tidak memakai pelitup muka (14) dan lapan premis beroperasi melebihi tempoh.

“Sebanyak 58,393 pemeriksaan dilakukan melibatkan 2,663 pasukan pematuhan dengan kekuatan 11,825 anggota,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memberitahu, Operasi Benteng telah berjaya melakukan tangkapan melibatkan 80 pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan 20 daripadanya ditahan di Sungai Nipah Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor manakala enam penyeludup dan seorang tekong turut ditahan. 

Beliau turut menegaskan, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus.

“Sehingga semalam, seramai 28,063 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan telah ditempatkan di 69 hotel dan lapan premis lain termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta institusi pengajian swasta di pelbagai negeri. 

“Seramai 10,187 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 69 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan, manakala seramai 17,807 individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya