123 ditahan serbuan pusat hiburan masa PKP - Utusan Malaysia

123 ditahan serbuan pusat hiburan masa PKP

Goh Boon Keng
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis Perak menahan 123 individu dalam 19 pemeriksaan pusat hiburan yang dijalankan di seluruh negeri sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac lalu.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Goh Boon Keng berkata, sebanyak 34 kompaun dikeluarkan dalam serbuan melibatkan pub, kelab malam dan pusat karaoke itu.

“Pemantauan secara kerap dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) bagi menahan mana-mana individu yang melanggar PKP dengan terlibat dengan aktiviti dalam pub dan kelab malam.

“Kita tidak berkompromi dengan sebarang aktiviti berhibur di premis hiburan kerana ia masih dalam senarai aktiviti terlarang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau memberitahu, sepanjang PKP dilaksanakan, semua pusat hiburan di Kontinjen Perak tidak beroperasi namun premis itu beroperasi semula pada 12 September lalu setelah mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

“Kita memang ambil tindakan, tangkap sesiapa yang ingkar PKP dan mengenakan kompaun kepada mereka,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya