UNHCR akui wujud kad palsu pelarian - Utusan Malaysia

UNHCR akui wujud kad palsu pelarian

Sebahagian daripada pelarian yang menetap di Malaysia sedang beratur untuk berurusan di pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Petaling, Kuala Lumopur. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Ting­gi Pertubuhan Bangsa-Bang­sa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) mengakui wujud kegiatan pemalsuan kad bagi pelarian sehingga menyebabkan lambakan yang didakwa dike­luarkan suruhanjaya tersebut.

Bagi menangani isu yang di­dedahkan Mingguan Malaysia itu, pihaknya telah menetapkan ciri keselamatan dalam kad pelarian termasuklah hologram 3D, kod bar, sistem tindak balas pantas selamat selain pengumpulan da­­­ta biometrik yang memerlukan imbasan iris dan jari.

“Sebahagian daripada usa­ha berterusan kami untuk mem­ban­teras pemalsuan kad dan pemalsuan identiti, UNHCR telah membuat pelaburan yang besar dalam memperkukuhkan lagi prosedur dan memastikan inte­griti dokumen kami.

“Kesahihan kad boleh disahkan melalui aplikasi UNHCR Verify-MY yang membolehkan pegawai penguat kuasa undang-undang dan mereka yang terlibat dalam kerja perlindungan dan bantuan untuk lebih mudah membuat pengesahan kad,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Mingguan Malaysia bertarikh 2 Ogos lalu mendedahkan kad warga asing berkenaan boleh diperoleh menerusi ejen dengan hanya sekitar RM500 ke RM800.

Mereka akan memperoleh kad palsu tersebut sekiranya tidak memenuhi syarat yang diperlukan oleh UNHCR.

Bagaimanapun, sekiranya mereka ditangkap, warga asing terlibat akan diberikan kad UNHCR yang sah dengan mudah.

UNHCR turut berkata, pihaknya kini bekerja rapat dengan pihak berkuasa Malaysia untuk mengeluarkan kad yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan.

Namun kenyataan itu bercanggah dengan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud Julai lalu bahawa UNHCR menolak bekerjasama dengan pihaknya ketika sesi temubual warga asing dilakukan.

“Pelbagai alasan diberikan antaranya tidak mahu kehadi­ran penguat kuasa semasa pro­ses itu berlangsung,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×