Tujuh maut nahas kereta-lori  - Utusan Malaysia

Tujuh maut nahas kereta-lori 

KEMALANGAN ngeri mengorbankan tujuh mangsa di Ipoh, Perak. - FOTO/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tujuh individu maut apabila kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Keramat Pulai menghala ke Cameron Highlands dekat sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, mangsa yang maut terdiri daripada dua kanak-kanak lelaki, tiga perempuan dan dua lelaki.

Menurutnya, tiga mangsa lain iaitu dua kanak-kanak lelaki dan seorang lelaki mengalami kecederaan parah.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada pukul 5.55 petang.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai ke tempat kejadian dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori dan kereta jenis Perodua Alza.

“Mangsa melibatkan 10 orang dengan tujuh daripada mereka maut manakala tiga lagi cedera parah,” katanya.

Setakat ini identiti mangsa yang maut dan cedera belum diperoleh.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya