Bekas ketua suruhanjaya pilihan raya pecah amanah - Utusan Malaysia

Bekas ketua suruhanjaya pilihan raya pecah amanah

ROH TAE-AK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pasukan penyia­sat bersama polis dan pendakwa raya me­nyerbu ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan (NEC) Korea Selatan pada Isnin.

Ia adalah  sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung dakwaan pecah amanah membabitkan bekas pengerusinya, Roh Tae-ak dan penyalahgunaan dana suruhanjaya tersebut.

Penyiasat memulakan pemeriksaan di pejabat pengerusi NEC pada waktu pagi selepas mengemukakan waran geledah dengan menamakan Tae-ak dan beberapa pegawai lain yang tidak didedahkan identitinya sebagai suspek jenayah.

Bagaimanapun, kediaman Tae-ak dilaporkan tidak termasuk dalam operasi geledah pada hari berkenaan.

Tae-ak melakukan tiga lawatan rasmi ke luar negara sepanjang tempoh perkhidmatannya, melibatkan Australia, New Zealand, Jerman,  Estonia, Denmark dan Sweden.

Dalam lawatan itu,  isterinya mengiringi beliau dalam kesemua lawatan tersebut.

Namun, kehadiran isterinya tidak dinyatakan dalam laporan rasmi lawatan yang dikeluarkan NEC kepada umum, sekali gus mencetuskan kemungkinan berlaku kesalahan pecah ama­nah.

Dalam siasatan bera­singan, NEC turut disiasat susulan dakwaan 461 kakitangannya melakukan 107 lawatan rasmi ke luar negara antara 2022 hingga Jun tahun ini. Lawatan itu melibatkan  kawasan peranginan dan destinasi pelancongan terkenal, termasuk Maldives, Bangkok, Kota Kinabalu serta Florence.

Siasatan itu dimulakan selepas parti pembangkang utama, Parti Kuasa Rakyat memfailkan aduan terhadap Tae-ak pada 19 Jun atas dakwaan pe­cah amanah.  – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN