Tahan sakit setengah jam kaki tersepit rim motosikal - Utusan Malaysia

Tahan sakit setengah jam kaki tersepit rim motosikal

ANGGOTA bomba mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit pada rim motosikal di Jalan Bukit Jambul, Bayan Lepas, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGETOWN: Seorang lelaki mengerang kesakitan hampir setengah jam setelah kaki kanannya tersepit pada rim motosikal dalam kemalangan di Jalan Bukit Jambul, Bayan Lepas, di sini semalam.

Mangsa berusia 40 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC itu ketika kejadian dikatakan terbabas di bahu jalan kira-kira pukul 8.15 pagi.

Akibat kejadian itu, mangsa terpaksa ditenteramkam oleh ibunya yang turut berada di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’ Azelan Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berlaku pada pukul 8.19 pagi dan tiba kurang 15 minit kemudian.

“Ketika tiba di lokasi, mangsa didapati dalam keadaan meniarap di atas jalan sambil mengerang kesakitan akibat kaki kanannya tersepit pada rim motosikal.

“Pasukan kita berjaya mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat khas pada pukul 8.57 pagi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Menurutnya lagi, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dengan ambulans dan operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada pukul 9.04 pagi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.