Bapa maut, kereta dinaiki lima sekeluarga langgar tembok

Bapa maut, kereta dinaiki lima sekeluarga langgar tembok

Bapa maut
KEADAAN sebuah Proton Saga dipandu seorang lelaki yang maut selepas kereta dinaiki bersama lima sekeluarga terbabas dan melanggar tembok pembahagi jalan (kanan) dekat Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 22, di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis mengesahkan seorang bapa maut selepas kereta dinaiki bersama keluarganya termasuk dua kanak-kanak dan seorang bayi terbabas dan melanggar tembok pembahagi jalan dekat Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 22, di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kereta Proton Saga dipandu lelaki berusia 39 tahun itu di arah menghala ke Persiaran Kuala Selangor.

Menurutnya, mereka sekeluarga dalam perjalanan dari Shah Alam untuk pulang ke rumah di Klang sebelum terbabas dan melanggar tembok pembahagi jalan di sebelah kanan.

“Akibat kemalangan, pemandu kenderaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan badan sementara penumpang mengalami kecederaan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Jelasnya, lelaki berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Shah Alam untuk tindakan lanjut sementara isteri mangsa, dua kanak-kanak dan seorang bayi berusia lapan bulan masing-masing menerima rawatan di hospital sama dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Justeru, Mohd. Iqbal meminta mana-mana saksi atau orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menyalurkannya kepada polis.

“Orang ramai diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman di talian 019-7757354,” ujarnya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan seorang pemandu maut sementara empat lagi termasuk bayi berusia lapan bulan dan kanak-kanak parah akibat kemalangan tersebut.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta Proton Saga FLX yang dinaiki kesemua mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN