‘Serah kebijaksanaan Rais Yatim’ - Saifuddin - Utusan Malaysia

‘Serah kebijaksanaan Rais Yatim’ – Saifuddin

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Serahkan kebijaksanaan kepada Tan Sri Rais Yatim dalam menggubal undang-undang perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Itu penegasan bekas Setiausaha Agong Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Abdullah supaya ruang dan peluang perbincangan dilakukan secara teliti dan lebih mendalam.

Tegasnya, soal kemasukan golongan bukan Bumiputera sebagai ahli biasa atau bersekutu perlu dibincangkan dengan lebih cermat kerana beliau masih lagi ahli baharu parti itu.

“Saya baru sahaja jadi ahli Bersatu dan sedang memahami budaya dan semangat di sebalik penubuhan dalam kalangan anggota Bersatu.

“Namun, saya ingin mengulangi setinggi penghargaan Presiden Bersatu yang telah mengumumkan Tan Sri Rais Yatim telah dilantik sebagai Pengerusi sebuah jawatan kuasa sedang meneliti kemungkinan meminda perlembagaan Bersatu. Mungkin membuka sayap khas kemasukan bukan bumiputera ke dalam parti itu. Bagi peluang pada Tan Sri Rais Yatim dan prosesnya beliau akan memberi pandangan kepada kepemimpinan Bersatu (dalam membuat keputusan).

“Memang kawan-kawan yang keluar dari PKR bersama Azmin telah setuju, (walaupun ahli biasa) terserah kepada kebijaksanaan parti,” katanya di sini hari ini.

Mengulas mengenai lagu patriotik yang kelihatan sumbang, jelasnya, lagu-lagu patriotik mengambil masa yang agak lama untuk diterima oleh masyarakat.

Walaupun begitu, lagu-lagu patriotik yang lain masih berkumandang di corong radio dan majlis rasmi yang lain seperti Keranamu Malaysia, Jalur Gemilang, Setia dan Tanggal 31 Ogos.

“Lagu Malaysia Prihatin (lagu patriotik) mengambil masa (tular).. lagu patriotik masa akan menentukan ketika dicipta ada sahaja lagu yang tiba-tiba meletup, pokoknya ada lagu yang malar segar (evergreen). Saya sangat faham sebelum ini, Malaysia Bersih tidak begitu mendapat sambutan jadi kita tukar (lagu lain).

“Apa yang penting, kita nyanyikan lagu patriotik yang kita minta seperti lagu Allahyarham Sudirman, Tanggal 31 Ogos,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya