Remaja bersalah bunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah - Utusan Malaysia

Remaja bersalah bunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati seorang remaja bersalah atas tuduhan membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melangkaui keraguan munasabah.

“Saya dapati Penama 1 (remaja) gagal menimbulkan keraguan yang munasabah. Saya dapati Penama 1 melakukan jenayah tersebut,” kata hakim itu.

Walaupun didapati bersalah, remaja tersebut tidak boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori kerana berusia 16 tahun ketika kejadian dan tertakluk di bawah Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Hukuman mati itu sebaliknya akan digantikan dengan hukuman penjara dan hanya akan dibebaskan selepas mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong.

Dalam kejadian 14 September 2017, 21 pelajar tahfiz berusia antara enam hingga 16 tahun dan dua guru mereka masing-masing berusia 25 dan 26 tahun maut selepas terperangkap di tingkat tiga pusat tahfiz itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya