Projek rundingan terus diwarisi daripada kerajaan BN - Guan Eng - Utusan Malaysia

Projek rundingan terus diwarisi daripada kerajaan BN – Guan Eng

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Senarai projek rundingan terus yang didedahkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini didakwa projek yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional (BN).

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, projek rundingan tersebut hanya diteruskan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan membabitkan pemotongan kos bagi tujuan penjimatan.

Malah, Ahli Parlimen Bagan itu mendakwa, pendedahan yang dibuat berhubung projek rundingan terus sebelum ini mengandungi tiga penipuan besar.

“Projek di bawah PH bukanlah RM6.61 bilion seperti yang diuar-uarkan tetapi hanya RM352 juta atau 5.3 peratus daripada nilai yang diberitahu sebelum ini. Baki RM6.258 bilion adalah projek yang diwarisi daripada kerajaan BN. Ada lima projek BN bernilai RM4.48 bilion sebelum PH menjadi kerajaan.

“Salah satu adalah projek menaik taraf kemudahan infrastuktur Landasan Berkembar Elektrik di Lembah Klang Fasa Dua (KVDT2) bernilai RM5.265 bilion.Tetapi kontraktor iaitu Dhaya Maju dan Lembaga Tabung Angkatan tentera (LTAT) merayu dan kita setuju teruskan projek dengan harga rendah iaitu RM4.475 bilion,” katanya dalam sidang akhbar di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah Guan Eng, Tengku Zafrul juga tidak sepatutnya menyenaraikan projek tayangan Piala Dunia bernilai RM29.9 juta.

Ini kerana, katanya, walaupun Kementerian Komunikasi dan Multimedia membayar RM29.9 juta, kos terbabit dikutip daripada penaja seperti Air Asia dan Maxis.

Dalam pada itu, Guan Eng meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengamalkan sikap ‘antara dua darjat’ dan ‘double standard’ dalam menjalankan siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya