Duduk rumah paling selamat - Utusan Malaysia

Duduk rumah paling selamat

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hi­s­ham Abdullah meminta ibu bapa yang mempunyai anak berusia di bawah dua tahun supaya mengurangkan aktiviti bersama anak itu di luar rumah bagi mengelak daripada terdedah kepada virus Covid-19.

Katanya, ini kerana kanak-kanak pada usia itu tidak diga­lakkan memakai pelitup muka dan hidung kerana dikhuatiri boleh lemas dan menjadi punca kepada masalah kesihatan lain.

“Mereka ini adalah antara golongan yang berisiko dan ja­ngan dibawa ke tempat awam atau sempit. Kita perlu lindungi mereka.

“Sekiranya kanak-kanak di bawah dua tahun dipakaikan pelitup separuh muka, kita risau mereka akan lemas dan tidak pandai membuka (pelitup separuh muka) sendiri. Jika ada hi­ngus akan ada masalah kepada kanak-kanak tersebut.

“Sebab itu, rumah sendiri merupakan kawasan yang pa­ling selamat,” katanya dalam laporan harian perkemba­ngan terkini Covid-19 di sini semalam.

Sebelum ini, kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup separuh muka bermula 1 Ogos lalu kepada orang ramai di tempat awam, namun, pengecuali­an diberikan kepada beberapa golo­ngan seperti kanak-kanak di bawah usia dua tahun, individu yang mempunyai masalah pernafasan, individu yang tidak sedarkan diri dan tidak ber­upaya membuang sendiri pelitup separuh muka tanpa bantuan.

Beliau turut mencadangkan agar pemilik premis perniagaan melakukan sanitasi setiap hari bagi menjaga kebersihan dan mengurangkan jangkitan virus berkenaan.

“Langkah ini kerana tempat-tempat berkenaan kerap disentuh oleh orang ramai,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya