Bersatu sasar 1 juta ahli tahun ini - Utusan Malaysia

Bersatu sasar 1 juta ahli tahun ini

HAMZAH ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Keanggotaan bukan Melayu sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak menjejaskan penyertaan parti itu dalam Muafakat Nasional (MN) yang ditubuhkan atas dasar memperkukuhkan kedudukan orang Melayu dan Islam negara ini.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perlembagaan Bersatu telah memperincikan kedudukan anggota bersekutu dengan mereka boleh menjadi ahli parti.

“Tidak (kedudukan dalam MN) kerana yang penting kepada kita bukan itu. Kita ada ahli-ahli bersekutu. Jadi, ahli bersekutu itu boleh menjadi ahli kita.

“Bagaimanapun, yang tentunya kita mengikut perlembagaan sedia ada, kalau nak tukar apa pun kita kena pastikan bahawa yang kita buat ini demi kepentingan bersama dalam pembentukan Kerajaan Perikatan Nasional (PN),” katanya selepas Majlis Semarak Bersatu Melayu Merdeka di sini semalam.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini memaklumkan partinya dijangka menubuhkan sayap baharu golongan bukan Melayu dan juga bersedia meminda perlembagaan parti bagi membentuk sayap tersebut dengan memberi peluang kepada kaum lain memegang jawatan.

Beliau juga berkata, Bersatu bersetuju menyertai MN yang juga disertai UMNO dan Pas bagi mendukung PN sebagai gabungan besar.

Pada masa sama, Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri memaklumkan, Bersatu menyasarkan sejuta keahlian menjelang hujung tahun ini dan beliau yakin ia mampu dicapai dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Saya telah minta kepada semua Ketua Bahagian untuk menambah jumlah keahlian sedia ada dan mereka diminta dalam masa beberapa bulan ini kita mesti cecah angka satu juta.

“Insya-Allah dalam seminggu dua telah ada penambahan 200,000 jadi sekarang kita sudah ada 700,000 ahli, maka angka satu juta boleh dicapai,” katanya.

Ditanyadakwaan bahawa terdapat perwakilan menanda kertas undi dua kali ketika pemilihan parti baru-baru ini, Hamzah berkata, pihaknya akan melakukan siasatan lebih lanjut berhubung perkara itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.